buguraraa

Monday, 22 July 2013

student life

assalamualaikum
lamaaaanyaaa tak menulis. busy angat hidup ni.haha
sekaranggg dah start short semseter bagi 2013/2014 session. now my life back to normal.
why normal?why?because when im at campus, my daily life turn back as usual. wake up in the morning,take a shower,have lunch not breakfast okay. tak terbiase.bangun dah matahari memancar memang aaaa terus lunch namanya.hahaha.normal ke tu?okay laaaa than duk kat rumah.bangun awal pon duk nengungggg memanjang sampai petang.. hari dah nak gelap baru nak mandi. Tu rutin wajib duk rumah. Takde keje keluar ke mane mane.maknanya macam tu lah keadaannya. Mende lah yang sibuknya.haih.

kalau nak compare kat rumah dgn campus opcosss laaaa rumah lebih dlm segalanya. everything is there.kasih sayang tercurah hari hari.kat campus sorang sorang hidup.kalau kat rumah,masa banyak habis duk melayan kerenah anak saudara je.seriously. nak keluar rumah pon jadi malas sebab dapat melayan baby, separuh baby(means dah besar sikit la). haha.nak kabonyeee yang saya ade semua tahap umur anak sedara.tu yang best tu.tu yang nak balik campus sayu je hati ni.uhuks.

puasa tahun ni sekali lagi sy puasa di uia. ohhhh ramadhan.bila lah dapat puasa full kat rumah.sedih jugak kadang kadang tapi bila fikir balik,takpe ni jihad.belajar pon jihad tahu.berkorban time ni je.habis belajar nanti i will redeem all the things yang sy tak buat.hihi. hope this short semester yang hanya 6 minggu je berlalu dgn jayanya dan cepatnya..6 minggu tu kejap je kan? pujuk hati bai. macam tak biase.hewhew.

and weekend ni nak keluar dengan adik bongsu kesayangan.dia baru masuk utm space kat setapak.dekat lah dengan dia.ade ape2 hal senang lah dia. ade 2 kakak di uia.untung kau dik.tak sabar tunggu this weekend.macam jumpa pacar pulak ghase.hahahaha.

okay lah nanti ada masa sy merapu penyapu lagi yer kat sini.babaiii awak awak yang comey,kiut, hensem and baik hati itu.
wassalam. :)







Friday, 19 July 2013

BARAKAH

assalamualaikum,
HYEEEEE soo now my blog title was changed. from introvert to vanilla flavor. errrr,why vanilla flavor? eh eh of coz la I am a vanilla lover. just anything with vanilla smell and taste,I will have it, such as my odor perfume in my room. I am using FRAGRANT DEEP DIFFUSER vanilla. hoho. Believe me, it smell so fantastic, relaxing your mind. I love to take it closer to my 'kepek' nose. fuhhhh, best okay. In fact it cost only RM5.hahaha. so cheap and very affordable for me.Of coz I bought it from HINODE shop. Its sound like this 'welcome welcome, 5ringgit only.welcome welcome,5 ringgit only'. mihihi.Good job sisters. But then, when shop at there,its not only cost 5rgt,even moreeee.always. Luckily, the point is given for every rm10 purchased item.hihi

so, back to my title,heyyoooo, yeyyyy,we are in ramadhan.ahlan wasahlan ramdhan. 'welcome welcome,its cost priceless,it cannot be compared to other value in fact' yeaaaaaa,but  now I was in a hectic days ahead. because there are so many things to do. Ohh, many assesments with the presentations for this short semester because the weeks are only for 6 weeks. It is very short short semester. Everything is to be done before this coming raya. sho not sho happy. hoping for kindness of lecturers now. hoping for the barakah of ramadhan able to lower down them with so many kindness and 'pemurahanness' .mihihi.

I hope too, with all the hectic days Im gone through for this semester, the more barakah I will get. The more obstacles I have, the more bless I get. I will go through all the things with my happy face.hopefully. positive positive. Eventhough I know, I'm not so strong enough to face all the things. But by hook or by crook, I need to face it. It is only me who can help myself. Yess, nothing is easy. As me now, my university level is my challenges. Maybe in the future, I will face another difficulties. Just be calm and let times goes over. okayyy, positive again. yeehaaaa. Its ramadhan kan. BARAKAH its everywhere.

To the end, 'Tingkatkan amalan ibadah dan mengaji, kurangkan keluhan dan caci maki' hihi.

'biasaaaaa diaaaaa'. oh, tu ayat tomok dgn baby comey dia. sumpah comeyyy! kalau dapat anak dia tu,cobek2 pipi dia. hihi.

 salam ramadhan 2013.

Thursday, 4 July 2013

berhantu

     memang! berhantu sangat dah ni. dah memang non-stop.haha. gilaa kejap saya.setiap kali dengar lagu yang membuai jiwa raga emosi melimpah ruah habis. tak sanggup rasa nak stop. berhantu sangat lagu ni. hahaha.just show it to my sister then, when I sneaking into her room, she was watching that video clip which I had shown to her. wowoo, not me only k. she keep replay the video.hihi.

    lagu ni saya baru dengar hari ni kat youtube. tajuk dia MY LOVE. penyanyi atau pelontar suara yang sumpah melampau merdu itu nama dia LEE SUNG CHUL. kenapa saya baru tahu kewujudan lagu ini? siapa lelaki ini? sungguhpon saya suka tengok drama korea yang jiwang feeling sampai berair hidung,saya tak suka layan lagu korea.sebab tak faham diorang punye bahasa.tapiiiiiiiiii...kalau drama or movie ade penterjermah bahasa.hahaha.

    okay2, back to this song. lagu ni best song of the year lah saya bagi. 5 star.hihi. first time tengok video dia pon dah tertarik. duk replay2 again sampai muntah.haha. video dia sangat sweeeeeet like candy crush saga. ahaha. tapi siyes lah kalau tengok sekali nak tengok lagi...saya tengok yang ada substitle english.okaylah.dapat agak la apa yang dia cakapkan. hihi. im falling in love with this song!

 ni penyanyi LEE SUNG CHUL.good job man!
 

             not bad kan. nama dia lee seung chul or sung chul. tak sure asal sebut tu nak sama sudah.hihi

                                         
                                                              korean actor and singer

nah,the video clip of the song. happpy listening and watching. im pretty sure everyone who watch it will feel something. as me, I want to be that girl in that clip. very grateful. where to find man like that heh? very romantic and honest. hoho.
 After all, credited to one of my friend who suggest this song to me. you are so lovely!

tadaaaa. till meet again.

Monday, 1 July 2013

selesai hutang tahun ini

alhamdullilah...aminnnn ya rabballaminn
selesai sudah hutang untuk tahun ini. hari ini last day saya ganti puasa. bukan main lagi nak boleh ke habis semuanya.bila tinggalnyaa sedap je.nikmat je.tapi nak menggantinyaa tu pelbagai ujian ada.haha. tapi apa sekalipun saya tetap ganti.dosa besar taw tak ganti puasa yang kita tinggal sebab mushakkah yang Allah bagi,bukan saje saje nak tinggal.alhamdullilah,saya dah habis ganti.korang?cepat2 ganti,dah dekat puasa ni.hihi.

tak lama dah kita semua nak sambut ramadhan kan?wuwuuuu,bestnyee.means tak lama jugak dah nak ghayerr...pong pongg. sekarang kita di bulan syaaban dah.sekejap je mase berlalu. dari tahun ke tahun.umur pon semakin meningkat.huwaa. tapi gembiraaa sikit bile saat finish study dah hampir, dekat dah nak bergelar graduated student and memakai jubah konvo.yuhuuuu. hihi.

oleh sebab kita skrg di bulan syaaban,saya nak kongsi 1 hadith, 
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Syaaban." Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban." Baginda SAW menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad Dan Nasaie)

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
ya Allah,sedih amat lagu ini.syahdu amat maknanya.mendalam amat liriknyaa.subhanallah.lirik macam inilah yang kita perlu untuk diri kita.melalui lagu begini,hati kita akan dipujuk..jiwa kita menjadi lembut..peringatan untuk diri saya yang banyak khilaf ini. :(

Sunday, 3 March 2013

Pak cik teksi

   Hari ini saya dengan besties pergi ke AEON wangsa maju. kiteorang pergi naek LRT je. exercise harhar. padahal nak save. banyak sales and murah2 lah sume. tapi aim kiteorang bukan shopping. yang menjadi keutamaan kami ialah makanan2 yang memang sentiasa tempting. JJ memang syurga makanan buat kiteorang. food court dia memang best. western, kampung, korean pon hado. haha. memang la sedap. JJ punya makanan tak pernah hampakan kami lagi setakat ni.

Lepas makan makan and beli barang yang nak dibeli. kiteorang pon keluar lah dengan senang hati perut kenyangnya. ohmaigod, perot dulu yang jalan bukan kaki. ni semua sebab makanan2 yang amatlaa sedap. kiteorang rase macam nak try semua. harhar. nafsu kuda semua ni.

Then, kiteorang kuar dari JJ lepas penat dah jalan. tak tawu dah nak cari ape. tengok orang pon pening. ramai sangat. sambil2 duk pikir. memang hidup kat KL ni kos hidup tinggi. yer r wei, semua barang mahal kalau nak compare dengan  ganu kite. hihiks. lifestyle KL memang best tapi kene pikir patpuloh kali nak stay kat sini. setakat gaji 2 ribu dok rok cetongg wei. sungguh pon.

Lastly, kiteorang decided nak balik dengan teksi. ni semua sebab penat lagipon awal2 sem duit berkebok lagi. ayat farhah fazira lettew. ciss. last2 sem nanti mula r semua nak berkira kan kita? seringgit pon jadi isu. harhar. dan kisah yang sangat menyayat hati kami bermula bile naik teksi ni. adoii, pakcik tak tawu jalan. dia bawa lalu jalan jauh. yang sepatotnya 10ringgit je jadi 18 ringgit. mula mula saya agak prejudis. ke pak cik ni sesaje nak ambil kesempatan? tapi tu hilanggg semua bila dia mule bercakap2 dengan kiteorang.

dari gaya dan air muka. nampak sangat pak cik ni susah dan jujur. kesian pulak. so kami redha je laa dia bawak jalan jauh (banyak gak mengumpat sebenarnya, maaf ampun beribu ampun pak cik). maafkan kami.
rupa rupanya dia baru belajar bawak teksi. mungkin lah kiteorang ni first customer dia. mungkin lah dari gaya dia cerita. jelas sebutir clear aku nampak muka dia sebab aku duk depan. setiap kali aku pandang dia, perasaan kesian tu wajib ada.dia cerita kat kiteorang dia menyesal dulu xbelajar sungguh2. kalau lah masa boleh putar balik. pak cik pasti akan dapat buat yang terbaik, dapat masuk universiti macam adik2. shhh. terkedu senyap terus kiteorang. kesiannyaaaa. :'(

After few minutes, sampailah kat bus stop Hafsa. saya kan duduk depan jadi saya yang bayarkan dulu. dan ni laaa part yang paling sedih. pak cik bukak wallet dia then, tahu x berapa je dalam tu?? tahu x? wohhh, kesiannya...10 hengget je ade. dia xde balance nak bagi. dia ambik duit sylling yang dia simpan dalam tabung kat sebelah dia and nak bagi balance kat saya dalam 2 hengget. saya masa tu memang dah blurr. jadi senyap jap. sepatotnyaa saya tak payah ambik pon balance tu. 2 ringgit je pon. tapi maaf saya memang blurr. bodoh gila rasa lepas tu. saya kira2 duit saya dan cukup2 bagi kat dia. lepas turun teksi saya jadi tak tahu nak cakap ape. yang dalam kepala saya satu mende je. 10 ringgit je? macamane pak cik nak balik. nak isi minyak lagi sebab jalan yang dia lalu nak hantar kiteorang td memang jauh sebenarnya.

sebelum turun, dia tanya kiteorang, jalan nak keluar ke KL dari UIA ni lalu mana. memang dia tak tahu betol ni. lagi lah kiteorang kesian. satu dalam kepala saya, kalaulah itu ialah ayah saya. keluarga saya. macamane lah ye. saya doakan semoga Allah murahkan rezeki pak cik tu dan panjangkan umur dia. semoga kita bertemu lagi pak cik. mungkin kalau kita jumpa tuk kali kedua dan seterusnya saya dah tak blurr dah. mungkin saya boleh tolong pak cik semampu saya.

sampai ke hari ini,saya duk teringat lagi kat wajah pak cik tu,dia betul2 org susah. Ya Allah,murahkanlah rezeki kepadanya.. :'(



Saturday, 2 March 2013

sesal kemudian

 nak kata saya lapar, tak lah sangat. air 3 liter sehari (masih xcukup sebenarnya) , tapi nafsu yang mendera dan menyeksa saya tewas. saya makan  nasi jugak malam ni tapi saya sangat2 menyesal. selalunya memang macam tu. lepas makan, perut dah kenyang. barulah rasa menyesal. sebab ikutkan nafsu je sebenarnya. perut tak lah lapar sangat. yer, malam ni saya tewas dengan nafsu sendiri. harhar. kemain lagi ayat kan. macam ape je. saje je nak seteres kan diri. buat peringatan kat diri pasni kene kontorol dah.

 ceritanya, saya turun dinner dengan adik and rumate. for the whole week berpantang. last2 tewas dengan nasi goreng kampung +telur mata. hambek kau ! sape tak terliur kan? takpe2, esok sambung pantang balik. tak nak nasi wooo. semoga saya berjaya. amin.

xOxO.

hari cuti

assalamualaikum..

ya, today is weekend atau hari cuti. cuti dari class. kesibukan yang sangat memenatkan, since classes this sem all start at noon till late of evening. sigh.

bila cuti takde ape pulak nak buat. selain dari kuor jalan jalan, cuci mata. tu jelaa ada dalam minda bila tiba cuti. haih. boring hidup. tengok orang lain banyak je aktiviti. jogging laa, skipping laa, even just wandered around in UIA. harhar.

stay dalam bilik. mata melekat kat lartop selepas saat, selepas minit selepas jam. abis lah sehari 24 jam. tu namanya rutin. kalau x keluar, tu jelaaa keje yang dibuatnya. movie movie and movie. keje ke tu? rasanya tak pon. tak kuar peluh pon. mata je penat. badan je lenguh. kriuk kriuk bunyi pinggang. macam orang tua dah. susu pon tak nak minum. memang tak sihat sebenarnya. huhu.

habis movie, drama, lakorn pon layans jugak kadang2. hoho. tegar nya mata ini. kuatnya berusaha demi perkara yang sia sia. baik study lah ye sejuta faedah nya. hari hari nak try bukak buku, tapi last2 buku jadi berdebu. rileks la, ni awal sem lagi. saya memang suka tangguh2 ni. minat sangat keje last minute. hasilnya pon padan lah kan. tapi kalau saya buat keje, saya mesti sungguh sungguh. semangat. tak caye tanye orang2 yang kenal saya. heh. okay. tettt.

okay la. saya pon sangat suka tido. im very a good sleeper, not slipper desh.

okaii,  nak tido sekarang. bai. xOxO !

Friday, 1 March 2013

pengenalan diri

    Hari ini, yes today ! akhirnya saya berjaya menukar ic lama yang berusia satu abad lebih lebih sudah. muka darjah 6 dulu sangat lah semeweh dan buruk. hudoh hudoh sangat. diri sendiri malu nak tengok apatah lagi nak bagi orang lain intai (everyone yang tengok wajib akan ketawa  sampai pecah mulot. non stop). hinalaaaaa aku. yang penting sekarang lagi hensem desh !. haha.

   saya ingat lagi, ayah kejutkan pagi pagi hari bertarikh 9/4 tahun bla bla. malas nak ingat. masa saya darjah 6 lah yerp. pergi dgn ayah ke bandar menuju jabatan pendaftaran negara. ikut je tak tanya apa apa. (saya masa tu memang tak pandai langsung erti nak CANTIk (sekarang hari hari ushar blog orang cantik) , pagi tu pakai tudung bawal hitam sulam (memang suram gelita) separuh je masa tu yang femes and then rembat anak tudung kakak yang belang2 color  hitam putih menutup dahi. WOH, setempek kat dahi. penuh menutup. hahaha. kontra color tu menampakkan ic ku sangatlaaaa KELAKAR. jom gelak sama sama. HAHAHAHAHAHA. tak nak tunjuk kat sini. simpanan peribadi je tu. buat tunjuk kat anak2 nanti time nak ceriakan diorang. pasti wajibul alaik akan pecah rumah menghina! ciss.kena fikir patpuloh kali dulu ni.tett

tetapi yang sebenarnya, must have a reason for something to happen right? and my decision to change old ic adalah kerana cip dia dah rosak. nak bukak akaun bank pon tak dapat. cip rosak punya pasal. seteress. berabad dah guna kan haruslah kena tukar. okay, bagus jugak that something happened. at least saya ni jadi warganegara yang sah lah. (ketinggalan zaman betol lah, orang dah 2 kali tukar).  takkan cip tak boleh baca pon nak stay duk diam lagi. tunggu orang buatkan ke? humban dalam lautkannnn,  baru tahu ada jabatan pendaftaran ke tak dalam tu. haha.

thanks to my beloved loving buddy yang selalu ada time susah dan senang saya. qah (yang berhati mulia), thanks temankan saya taw. love you. xOxO.

Thursday, 28 February 2013

yang sebenarnya

sebenar dan sebenar nya saya sayang blog ni. saya memang seorang yang penyayang (anak sedara ramai meh). motif? hahaha. okay, saya rasa kan, saya nak aktif menulis dan merepek kat sini pulak lah. banyak nak ceritera cinta dan dunia ni. harap harapan saya ni menjadi kenyataan (versi lagu harapan) 'rolling eyes.'
 banyak wishlish saya yang dipasang berabad kurun sudah. tapi tak tercapai dan terbuat pon lagi. sadis sungguh. one of it adalah nak jadi seorang ulatbuku, lintahbuku dan pacatbuku. eeeeeeeeeeee.
 semoga termakbul. doa doa kan saya rajin update cerita buku lepas ni k. one more thing, ada impian besar jugak nak ada minilibrary at home in the future.sungguh ni xtipu cket habok haram pon. okay.
 till we meet again yaa sayangs.

sekian lama rajin ku datang

fuuuhhh....apa kahabo wahai si blog? sunyi sepi kamu sebab tuanmu tidak hiraukan mu yaaaa. ampun maaf zahir dan batin. saya busy dengan hidup sendiri.hidup sebagai anak, kakak, adik, sahabat dan pencinta yang setia. tett.. bila ada mood baru lah rasa nak menaip. kalau tak everyday dok jadi silent reader blog akak2 abang2 pemes tuuuu. syok duk bace kisah hidup orang lain. sedikit banyak sejemput kuih boleh jadikan sebagai pengajaran dan peringatan. biasanya memang macam tulaa.
  sekarang dah almost 3 full weeks belajo, ada lagi 10 minggu lebih kurang untuk abis sem ni. sem ni jelaa dulu. next sem ade lagi. tak habis lagi kan? buhsan dengornyaaa. okay, yer saya memang suka jadi pelajar lama lama camni. haaaa. (muke stone). okay laaa, saja nak menghebahkan ntah hape lah punya cite. and sekarangggg saya sedang sedaya upaya mencari kerajinan untuk habiskan buku buku ilmiah yg saya beli. ini semua hasil baucer tu ler. hape lagi kan? bertuah sangat nak beli buku guna duit sendiri. (im not a bookworm apatah lagi bookleech) semoga buku buku tu dapat menyentuh jiwa keras hati batu ni. in sha Allah.

  lastly, haih macam dah buat essei. okay okay. sehingga saya rajin menaip lagi. babai. assalamualaikum. xOxO.