buguraraa

Monday, 1 July 2013

selesai hutang tahun ini

alhamdullilah...aminnnn ya rabballaminn
selesai sudah hutang untuk tahun ini. hari ini last day saya ganti puasa. bukan main lagi nak boleh ke habis semuanya.bila tinggalnyaa sedap je.nikmat je.tapi nak menggantinyaa tu pelbagai ujian ada.haha. tapi apa sekalipun saya tetap ganti.dosa besar taw tak ganti puasa yang kita tinggal sebab mushakkah yang Allah bagi,bukan saje saje nak tinggal.alhamdullilah,saya dah habis ganti.korang?cepat2 ganti,dah dekat puasa ni.hihi.

tak lama dah kita semua nak sambut ramadhan kan?wuwuuuu,bestnyee.means tak lama jugak dah nak ghayerr...pong pongg. sekarang kita di bulan syaaban dah.sekejap je mase berlalu. dari tahun ke tahun.umur pon semakin meningkat.huwaa. tapi gembiraaa sikit bile saat finish study dah hampir, dekat dah nak bergelar graduated student and memakai jubah konvo.yuhuuuu. hihi.

oleh sebab kita skrg di bulan syaaban,saya nak kongsi 1 hadith, 
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Syaaban." Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban." Baginda SAW menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad Dan Nasaie)

No comments:

Post a Comment