Hari ini saya dengan besties pergi ke AEON wangsa maju. kiteorang pergi naek LRT je. exercise harhar. padahal nak save. banyak sales and murah2 lah sume. tapi aim kiteorang bukan shopping. yang menjadi keutamaan kami ialah makanan2 yang memang sentiasa tempting. JJ memang syurga makanan buat kiteorang. food court dia memang best. western, kampung, korean pon hado. haha. memang la sedap. JJ punya makanan tak pernah hampakan kami lagi setakat ni.
Lepas makan makan and beli barang yang nak dibeli. kiteorang pon keluar lah dengan senang hati perut kenyangnya. ohmaigod, perot dulu yang jalan bukan kaki. ni semua sebab makanan2 yang amatlaa sedap. kiteorang rase macam nak try semua. harhar. nafsu kuda semua ni.
Then, kiteorang kuar dari JJ lepas penat dah jalan. tak tawu dah nak cari ape. tengok orang pon pening. ramai sangat. sambil2 duk pikir. memang hidup kat KL ni kos hidup tinggi. yer r wei, semua barang mahal kalau nak compare dengan ganu kite. hihiks. lifestyle KL memang best tapi kene pikir patpuloh kali nak stay kat sini. setakat gaji 2 ribu dok rok cetongg wei. sungguh pon.
Lastly, kiteorang decided nak balik dengan teksi. ni semua sebab penat lagipon awal2 sem duit berkebok lagi. ayat farhah fazira lettew. ciss. last2 sem nanti mula r semua nak berkira kan kita? seringgit pon jadi isu. harhar. dan kisah yang sangat menyayat hati kami bermula bile naik teksi ni. adoii, pakcik tak tawu jalan. dia bawa lalu jalan jauh. yang sepatotnya 10ringgit je jadi 18 ringgit. mula mula saya agak prejudis. ke pak cik ni sesaje nak ambil kesempatan? tapi tu hilanggg semua bila dia mule bercakap2 dengan kiteorang.
dari gaya dan air muka. nampak sangat pak cik ni susah dan jujur. kesian pulak. so kami redha je laa dia bawak jalan jauh (banyak gak mengumpat sebenarnya, maaf ampun beribu ampun pak cik). maafkan kami.
rupa rupanya dia baru belajar bawak teksi. mungkin lah kiteorang ni first customer dia. mungkin lah dari gaya dia cerita. jelas sebutir clear aku nampak muka dia sebab aku duk depan. setiap kali aku pandang dia, perasaan kesian tu wajib ada.dia cerita kat kiteorang dia menyesal dulu xbelajar sungguh2. kalau lah masa boleh putar balik. pak cik pasti akan dapat buat yang terbaik, dapat masuk universiti macam adik2. shhh. terkedu senyap terus kiteorang. kesiannyaaaa. :'(
After few minutes, sampailah kat bus stop Hafsa. saya kan duduk depan jadi saya yang bayarkan dulu. dan ni laaa part yang paling sedih. pak cik bukak wallet dia then, tahu x berapa je dalam tu?? tahu x? wohhh, kesiannya...10 hengget je ade. dia xde balance nak bagi. dia ambik duit sylling yang dia simpan dalam tabung kat sebelah dia and nak bagi balance kat saya dalam 2 hengget. saya masa tu memang dah blurr. jadi senyap jap. sepatotnyaa saya tak payah ambik pon balance tu. 2 ringgit je pon. tapi maaf saya memang blurr. bodoh gila rasa lepas tu. saya kira2 duit saya dan cukup2 bagi kat dia. lepas turun teksi saya jadi tak tahu nak cakap ape. yang dalam kepala saya satu mende je. 10 ringgit je? macamane pak cik nak balik. nak isi minyak lagi sebab jalan yang dia lalu nak hantar kiteorang td memang jauh sebenarnya.
sebelum turun, dia tanya kiteorang, jalan nak keluar ke KL dari UIA ni lalu mana. memang dia tak tahu betol ni. lagi lah kiteorang kesian. satu dalam kepala saya, kalaulah itu ialah ayah saya. keluarga saya. macamane lah ye. saya doakan semoga Allah murahkan rezeki pak cik tu dan panjangkan umur dia. semoga kita bertemu lagi pak cik. mungkin kalau kita jumpa tuk kali kedua dan seterusnya saya dah tak blurr dah. mungkin saya boleh tolong pak cik semampu saya.
sampai ke hari ini,saya duk teringat lagi kat wajah pak cik tu,dia betul2 org susah. Ya Allah,murahkanlah rezeki kepadanya.. :'(
sedihnya :(
ReplyDeletesedih sangat wak. semoga pak cik ni dimurahkan rezekinya. sampai hari ni duk teringat.
Delete